05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI ANJUR SEMINAR ATAS TALIAN UNTUK MEMBERI PANDUAN KEPADA IBUBAPA DALAM MENANGANI BDR DAN PDPR SEMASA PANDEMIK COVID-19

225630979 4398961623495982 8409551976537409929 n

05 OGOS 2021M | 26 ZULHIJJAH 1442H (KHAMIS) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Seminar Media Baharu yang dilaksanakan secara atas talian melalui medium facebook JAWI dan Radio JAWI. Seminar ini berlangsung selama dua jam bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Seminar ini dikendalikan oleh moderator selaku DJ Radio JAWI iaitu Ustaz Kamal Amir bin Osman yang lebih dikenali sebagai DJ Kaaf. Penceramah jemputan pula adalah pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Ustazah Muzayyanah binti Abdullah yang mengupas mengenai tajuk PDPR & BDR: Bagaimana Mengurus Emosi Ibubapa. Kupasan tajuk ini cukup memberi inspirasi kepada 700 orang peserta yang menyertai seminar ini. Peserta seminar adalah terdiri daripada guru-guru SRA JAWI, guru takmir, warga JAWI dan warga pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat awam. Seminar ini sangat memberi manfaat untuk membelai emosi ibubapa dalam menghadapi norma baharu yang begitu asing dan mencabar dalam mendepani pandemik Covid-19.

 Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
206915767 4398961973495947 3801422660763334280 n 220252766 4398961730162638 4029341549064307081 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel