MAJLIS BACAAN DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRI SEMPENA SEMARAK MAAL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1443H/2021M

236167569 4411562978902513 4798407350059126068 n

09 OGOS 2021M | 30 ZULHIJJAH 1442H (ISNIN) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Hijri sempena Semarak Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M. Bacaan doa diadakan bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Majlis bacaan doa ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. En. Mohd Fadzil bin Abu Kassim, Ketua- Ketua Bahagian JAWI serta pegawai JAWI. Seramai 150 orang jemaah solat turut menyertai majlis ringkas ini termasuk ketua-ketua jabatan kerajaan, NGO, guru-guru dan anak kariah Wilayah Persekutuan. Majlis ini juga boleh diikuti melalui Aplikasi Zoom.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengajak masyarakat bersama-sama berdoa agar mengakhiri tahun hijri dengan doa kepada Allah agar segala amalan yang telah dilakukan diterima dan dimulai awal tahun hijri dengan doa memohon kebaikan. Majlis juga turut diadakan dengan Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Zikir Munajat bagi memohon kepada Allah SWT agar mengangkat wabak Cobid19 dan mendoakan kesejahteraan negara.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
235722864 4411563775569100 6790413620943135943 n 236029651 4411562498902561 5924081627713011453 n
236255646 4411563145569163 8644572593663094544 n 236272715 4411562622235882 2512952829548230901 n
236261788 4411563485569129 3003916558362914633 n 236199747 4411562835569194 3106017583907041868 n