JAWI ANJUR BENGKEL ASAS PENGGUNAAN OPEN BROADCAST SOFTWARE (OBS) SECARA ATAS TALIAN

239146433 4443481932377284 7572835893240151538 n

19 OGOS 2021M | 10 MUHARRAM 1443H (KHAMIS) -Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Bengkel Asas Penggunaan OBS yang dilaksanakan secara atas talian melalui Aplikasi Zoom. Program telah dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Ustazah Siti Aa'isyah binti Abdul Raman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Media Baharu, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Mohd Fairus bin Harun, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Terengganu. Seramai 43 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Peserta bengkel terdiri daripada Warga JAWI, PDRM, Pegawai dan Imam Masjid dan juga pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Melalui bengkel ini peserta didedahkan dengan ilmu berkaitan penggunaan OBS untuk _video recording_ dan _live streaming_ Peserta diajar secara teori dan praktikal cara-cara untuk menggunakannya. Semoga penganjuran bengkel ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua yang menyertainya untuk digunakan dalam kerjaya masing-masing.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
238738971 4443482215710589 1963309172562991520 n 238815204 4443482285710582 4076406497811174726 n
239294120 4443482475710563 3078506549758267082 n 239378253 4443482109043933 3035718509895442868 n
239847894 4443482575710553 8938652601800365201 n