PROGRAM SEMINAR SIFAR HIV TAHUN 2021

239913229 287160886561093 5757986145041577966 n

05 OKTOBER 2021M | 28 SAFAR 1443H (SELASA) - Telah berlangsung Program Seminar Sifar HIV Komuniti Disayangi Tahun 2021 secara dalam talian anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah(BPD), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama pihak pengurusan Anjung Kelana (Pusat Transformasi Gelandangan), Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.

Objektif utama program adalah untuk memberi kefahaman dan motivasi kepada peserta tentang tujuan hidup di dunia ini sebagai khalifah Allah dalam usaha untuk memantapkan rohani dan mental para peserta. Program ini telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada penghuni Anjung Kelana serta pegawai dan kakitangan BPD selaku urus setia. Turut serta pada program ini ialah Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, BPD JAWI.
Penceramah jemputan bagi seminar kali ini ialah Al Fadhil Ustaz Muhammad Haafizuddin bin Abirerah, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JHEAIPs) yang menyentuh tajuk “Indahnya Hidup Bersyariat” dan Ustazah Nazirah binti Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tajuk “Pelangi Selepas Hujan”. JAWI turut menyantuni penghuni Anjung Kelana dengan penyampaian sumbangan barang-barang keperluan harian.

Program ini adalah antara usaha JAWI dalam menjayakan Inisiatif Pemantapan Mental, Jasmani dan Rohani melalui Pelan Intervensi Agensi Agama Mendepani Covid-19 (PIAGAM C-19). Semoga usaha ini dirahmati dan diberkati Allah SWT dan seterusnya dapat membantu Wilayah Persekutuan dalam mencapai Kuala Lumpur Getting Zero HIV.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
240581433 287160976561084 1471559744481085496 n 240657638 287160933227755 8033451407220288840 n
241470867 287161603227688 2679371135353697939 n 239697934 287161759894339 6329898361911649250 n
241351906 287161799894335 7307595122779220936 n 241482062 287161633227685 4017719173526289905 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel