JAWI SANTUNI PELAJAR SEKOLAH TUNAS BAKTI

240586333 292419452701903 1335046845146321518 n

13 OKTOBER 2021M | 06 RABIUL AWAL 1443H (RABU) - Telah berlangsung Program Kefahaman Remaja Islam Tahun 2021 anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Sek.Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur. Objektif utama program adalah untuk memberi kefahaman dan motivasi kepada peserta tentang tujuan hidup di dunia ini sebagai khalifah Allah dalam usaha untuk memantapkan rohani dan mental para peserta.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Mohamad Firzami bin Idris, Pengetua Sek.Tunas Bakti,Sg. Besi disusuli dengan ucapan YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI sekaligus merasmikan majlis tersebut. Turut hadir bersama, Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPD JAWI dan Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, BPD JAWI.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah dikendalikan bersama oleh Ustaz Ahmad Nizzam bin Rasali, Imam Masjid Jamek dan Ustaz Muhammad Fitri Azim Bin Zulkifli, Bilal Masjid Jamek. Program ini telah disertai oleh 96 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sek.Tunas Bakti, Sg.Besi serta pegawai dan kakitangan BPD selaku urus setia.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
240606032 292419579368557 7068109343327936632 n 241266796 292419416035240 6568953914101110670 n
241407547 292419526035229 7974902539536022160 n 241327100 292419232701925 8106370929403215596 n
241287290 292419182701930 5199569599137865385 n 240651859 292419136035268 5356933598271833549 n