PENGARAH JAWI MENYANTUNI MUALAF METROPOLITAN DI WARUNG MAKAN SAHABAT

245923293 293879589222556 5413001721810593254 n

15 OKTOBER 2021M | 08 RABIUL AWAL 1443H (AHAD) - Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail telah menyampaikan bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada 12 orang saudara-saudara baru di Warung Makan Sahabat dalam program Ziarah Mualaf 2021. Warung Makan Sahabat adalah pusat komuniti untuk rakan jalanan (gelandangan & miskin bandar Kuala Lumpur) kelolaan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dan rakan – rakan NGO lain yang menyebarkan dakwah kasih sayang kepada masyarakat sekitar dengan memberikan makanan tengahari percuma dan kelas – kelas peningkatan kemahiran termasuklah fardu ain setiap hari kepada komuniti rakan jalanan. Turut hadir bersama di dalam sesi ziarah penyerahan sumbangan mualaf ialah Pn.Siti Razmah Binti Idris, KPPK BPD JAWI dan Pn.Maizura Shamsuddin, Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan.

Semoga dengan bantuan ini akan dapat mengeratkan hubungan JAWI dengan NGO dan komuniti mualaf agar komuniti mualaf terus dibantu dan didekati pada masa akan datang.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
245904882 293880199222495 5666997208601050258 n 245905444 293879922555856 3571065806338595128 n
245910384 293879829222532 4767283955972931797 n 245912196 293880459222469 7330534404338168628 n
245936604 293879779222537 8931194814412448529 n 245927165 293880645889117 1138781105350377106 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel