LENSA KURSUS INTENSIF FARDHU AIN (KIFA) MUALAF SIRI-12

245948911 295162449094270 3842813354125452169 n

18 OKTOBER 2021M | 11 RABIUL AWAL 1443H (AHAD) - Alhamdulillah. KIFA 2021 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melabuhkan tirainya pada hari Sabtu, 16 Oktober 2021 dengan penganjuran siri ke-12 yang bermula jam 8.00 pagi. Majlis yang berlangsung secara atas talian, telah dipengerusikan oleh Ustaz Abuzar bin Zainuddin, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan dan Pengukuhan Akidah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, turut diikuti oleh Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Ceramah bagi Slot Pertama bertajuk "Selamat Kembali Kepada Fitrah"; telah disempurnakan melalui pengkongsian yang amat bermakna oleh Dr. Haji Ann Wan Seng daripada Persatuan JAM’IYAH Selangor dan Wilayah Persekutuan. Para peserta memberi perhatian sepanjang slot pertama ini yang berlangsung sehingga jam 10.30 pagi. Majlis kemudian diteruskan dengan Ucapan Aluan Penutupan Kursus oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI iaitu Yang Berbahagia Puan Siti Razmah binti Idris. Beliau sempat memberikan penghargaan serta motivasi kepada semua peserta dan penceramah yang terlibat sepanjang KIFA 2021 diadakan.

Pada jam 10:45 pagi pula, Ustaz Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah, Pegawai Dakwah daripada PERKIM Wilayah Persekutuan menyampaikan ceramah bagi Slot Kedua bertajuk : "Suci dan Solat". Penceramah menggunakan paparan slaid serta video yang terperinci dan peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan. Alhamdulillah, diharapkan kursus ini dapat terus mempertingkatkan kefahaman dan minat mualaf untuk mendalami ilmu-ilmu fardhu ain. KIFA Siri 12 pada kali ini ditangguhkan tepat jam 1:30 tengah hari.

TERIMA KASIH SEMUA PESERTA KURSUS INTENSIF FARDHU AIN MUALAF 2021. Kita bersua pada KIFA 2022.InsyaaAllah.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
245888925 295162325760949 3018324967877219752 n 245912241 295162172427631 2392828291632475001 n
245950367 295161992427649 2791034227465171247 n 1 245962504 295162125760969 8921513593583458069 n
245975253 295162412427607 6067666022194434892 n 245927164 295162362427612 8013728415677467436 n