PROGRAM JALINAN KASIH DAN KHIDMAT BAKTI KEPADA ANAK-ANAK YATIM SEMPENA SEMARAK CINTA RASUL 1443H

245939377 298809222062926 7375153440958652747 n

24 OKTOBER 2021M | 17 RABIUL AWAL 1443H (AHAD) - YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI telah menyampaikan sumbangan kepada YBhg. Dato’ Faridah binti Hj. Omar Shah, wakil serta merangkap Presiden Rumah Anak Yatim Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. Antara sumbangan yang disampaikan adalah Sumbangan Tunai yang bernilai RM5000, barang keperluan anak yatim yang bernilai RM100 seorang, barang keperluan khas rumah anak yatim yang bernilai RM2000 dan barang keperluan asas daripada JAWI Foodbank.

Program Jalinan Kasih dan Khidmat Bakti JAWI Bersama Anak-Anak Yatim Bersempena Semarak Cinta Rasul 1443H/ 2021M yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI ini adalah untuk menyantuni anak-anak yatim dan berkongsi rezeki serta menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW bersempena Hari Maulidul Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
246726372 298808895396292 8651232807762387692 n 245941345 298809288729586 3092761725136741353 n
245950106 298809052062943 8024096231520811939 n 245954928 298809165396265 7488420664708253830 n
249007490 298808925396289 3069413761687234168 n 247683448 298809115396270 9156388172039642644 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel