KEMBARA KASIH MUALAF MENGUKUHKAN TAUTAN UKHUWAH MUALAF 2 NEGERI (PERAK & WILAYAH PERSEKUTUAN)

247447091 300545481889300 910845398957044759 n

25 OKTOBER 2021M | 18 RABIUL AWAL 1443H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hasil kerjasama erat dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah berjaya menganjurkan Program Kembara Kasih Mualaf Tahun 2021 yang turut dihadiri Pengarah JAIPk Dato Haji Mohd Yusop bin Haji Husin dan Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim bagi mewakili Pengarah JAWI.

Majlis yang berlangsung secara atas talian ini dipengerusikan oleh Puan Siti Zuraima binti Bujang, Penolong Pengarah Kanan di Unit Pengislaman, Cawangan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI turut dihadiri oleh Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), JAWI dan Puan Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, BPD JAWI merangkap Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan. Seramai 160 orang peserta yang terdiri dari kalangan Pegawai dan kakitangan JAWI dan JAIPk, wakil-wakil Persatuan NGO Mualaf Negeri Perak dan Wilayah Persekutuan, dan paling diraikan sahabat mualaf dua buah negeri.
 
Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan, Tuan Haji Muhammad Fitri bin Abdullah, telah mengupas tajuk “Keperibadian Mualaf Yang Hebat” menerusi slot ceramah khas yang bermula Jam 9.40 pagi sehingga 11.40 pagi. Pelbagai input dan pengalaman yang sangat memberikan inspirasi telah dikongsikan oleh beliau kepada semua peserta. Program diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutupan Program, dimana Pengarah JAIPk dijemput memberikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan dari Wakil NGO Mualaf Perak(MACMA), Ustaz Muhammad Hafiz Ng bin Abdullah. Tepat jam 12.15 tengahari, Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim selaku Timbalan Pengarah Operasi, JAWI mewakili YBhg.Datuk Pengarah JAWI telah menyempurnakan majlis perasmian penutupan program diikuti dengan tayangan video montaj penyerahan cek sumbangan daripada JAWI kepada 5 NGO Negeri Perak yang terpilih menyantuni mualaf di negeri berkenaan.
Alhamdulillah, program ini berjalan lancar dan diharapkan akan memperkasakan gerak kerja dakwah di bawah kelolaan kedua-dua jabatan dan juga semua NGO yang terlibat.
 
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
241454113 300545918555923 4312859465237725758 n 243081628 300545875222594 6170601679948152993 n
245837790 300545618555953 1912192285600595260 n 245870998 300546098555905 340986003480279786 n
247631755 300545818555933 10881159442866546 n 247205349 300545778555937 6549384131679966779 n