ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1443H/2021M

246726384 301356505141531 4446432929801756820 n

 28 OKTOBER 2021M | 21 RABIUL AWAL 1443H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Acara Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M bertempat di Masjid al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. 

Acara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.  Seramai 18 orang pemenang Hafazan al-Quran dan 6 orang pemenang Tilawah al-Quran telah menerima hadiah. Semua pemenang menerima hadiah wang tunai, plak, sijil dan cenderahati TnGO edisi khas.
 
Johan Qari/ Qariah dan Hafiz/Hafizah akan mewakili negeri Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan akan datang. Bagi Hafazan al-Quran Kategori 1 hingga 10 Juzuk, Johan Lelaki ialah  Muhammad Ziyad bin Mohd Husni dan Johan Perempuan ialah  Nur Izzati binti Norazmi menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.00. Manakala bagi Hafazan al-Quran Kategori 1 hingga 20 Juzuk, Johan Lelaki ialah Haikal Firdaus bin Mohd Jaafarudin dan Johan Perempuan ialah  Zuha binti Zahran menerima hadiah wang tunai berjumlah RM4,000.00. Seterusnya, bagi Hafazan al-Quran Kategori 1 hingga 30 Juzuk, Johan Lelaki ialah  Ahmad Afiq bin Ahmad Shukri dan Johan Perempuan Ialah  Athirah Salihah binti Al-Azmi menerima hadiah wang tunai berjumlah RM6,000.00. Semua Johan menerima Hadiah Wang Tunai Pakej Umrah bernilai RM7,000.00 dan set Irsyad Fatwa sumbangan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP.
 
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
245955002 301356701808178 7769143208007585368 n 248685079 301356535141528 3043501535425324236 n
246006879 301356791808169 9026434025724841221 n 248413437 301356495141532 7507851881483740663 n
247933518 301356811808167 2775921857552465177 n 245962517 301356521808196 5854267250445948539 n