KURSUS TOT TENAGA PENGAJAR MUALAF TAHUN 2021 (SECARA MAYA)

248075406 301495551794293 2528093563628794509 n

28 OKTOBER 2021M | 21 RABIUL AWAL 1443H (AHAD) - Kursus TOT Tenaga Pengajar Kelas Pengajian Mualaf Tahun 2021 (Secara Maya) pada 26 - 28 Oktober 2021 telah pun melabuhkan tirainya pada hari ini dan dilaksanakan dengan jayanya.Semua peserta dilihat tetap setia diatas talian selama 3 hari tanpa bosan kerana kursus ini telah berjaya menarik minat mereka.

Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pakar Teknologi Pendidikan iaitu Encik Abdul Haris bin Johari yang merupakan Pensyarah di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada Tenaga Pengajar Mualaf Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, NGO Mualaf - PERKIM, Hidayah Centre Foundation, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Islamic Outreach ABIM, Amaniah Mualaf Care Center (AMCC),Multiracial Muslim (MRM), Yayasan Amal Malaysia, Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan, Jakim dan beberapa orang peserta persendirian.
Pengisian kursus ini dijalankan dengan memberikan pendedahan kepada Tenaga Pengajar Mualaf tentang penggunaan aplikasi interaktif dalam kaedah pengajaran secara atas talian.

Selama 3 hari ini, para peserta telah didedahkan tentang pelbagai aplikasi menarik yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran secara atas talian, antaranya ialah Google Site, Google Meet, Mentimeter, Near Pod, Classroomscreen, Any Flip, Wordwall, Wizerme, Live Worksheets dan Blendspace.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs Ustazah Maizura binti Shamsuddin, KPP CKSB pada jam 12.45 tengahari.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
 
246791361 301495615127620 2943463171312876560 n 247685560 301495671794281 2099459218295971602 n