05:49
Imsak
05:59
Subuh
13:16
Zohor
16:27
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS INTENSIF QARI/QARIAH DAN HUFFAZ WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1443H/2021M

WhatsApp Image 2021 10 31 at 2.39.41 PM

31 OKTOBER 2021M | 24 RABIUL AWAL 1443H (AHAD) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Intensif Qari/Qariah dan Huffaz al- Quran Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021. Kursus 3 hari ini melibatkan seramai 4 orang Qari/ Qariah serta  6 orang Hafiz/Hafizah merupakan Johan dan Naib Johan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun ini yang akan mewakili negeri Wilayah Persekutuan ke peringkat Kebangsaan kelak. 

Kursus telah dibahagikan kepada 2 kelas (Qari/Qariah dan Hafiz/Hafizah) melibatkan keseluruhan sebanyak 18 sesi yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas mewakili bidang-bidang kepakaran masing-masing antaranya, Tuan Haji Che' Yahya bin Daud, Tuan Haji Azhari bin Othman, Ustazah Normalina binti Alias, Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani, Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman, Ustaz Muhd Redza bin Ahmad dan Ustaz Abdul Khair bin Jalil. 
 
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Ustazah Suraiti bin Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah. Kursus berakhir pada jam 1.00 tengah hari.
 
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
 
WhatsApp Image 2021 10 31 at 2.39.38 PM 2 WhatsApp Image 2021 10 31 at 2.39.39 PM
WhatsApp Image 2021 10 31 at 2.40.59 PM WhatsApp Image 2021 10 31 at 2.39.40 PM 2
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel