JAWI SUMBANG 50 PEK BARANGAN KEPADA PESAKIT DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

WhatsApp Image 2021 11 17 at 3.30.14 PM 4
 
17 November 2021 (Rabu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Ziarah Dakwah Secara Berkala Siri 6 di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Program yang diadakan ini adalah selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan ziarah pesakit daripada pihak luar. Oleh itu, serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/ wad bersama pihak JAWI sahaja.
 
Program ziarah kali ini melibatkan sumbangan 50 pek barangan yang akan diberikan kepada 50 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di wad HKL. Tujuan utama pelaksanaan program ziarah ini adalah untuk memastikan pesakit mendapat sokongan moral di samping JAWI dapat menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan harian yang mana mampu membantu meringankan bebanan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital. 
 
Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Encik Norhafizi bin Ab Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili YBhg. Datuk Pengarah JAWI kepada YBrs. Dr Siti Zaleha Md.Sani, Pegawai Perubatan Tadbir HKL.
 
WhatsApp Image 2021 11 17 at 3.30.14 PM 1
 
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel