MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN 1443H/2021M

499A4477 min min

 

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2021 - Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H bersamaan 2021M telah meneliti pencalonan dengan mengambilkira sumbangan individu dan organisasi dalam bidang masing-masing ke arah memperkukuhkan syiar Islam di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan berdasarkan sumbangan cemerlang terhadap pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam.KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2021 - Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H bersamaan 2021M telah meneliti pencalonan dengan mengambilkira sumbangan individu dan organisasi dalam bidang masing-masing ke arah memperkukuhkan syiar Islam di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan berdasarkan sumbangan cemerlang terhadap pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam.

Setelah menimbang secara saksama, Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1443H telah bersetuju untuk memilih penerima Anugerah Tokoh Utama bagi tahun 1443H dianugerahkan kepada Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang kini merupakan Ahli Lembaga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Anugerah Khas Individu pula diberikan kepada Dato’ Mohd Khay bin Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan Zikay Group Berhad, Anugerah Khas Organisasi bagi Kategori Masjid iaitu Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan; Kategori Surau iaitu Surau Jumaat Al-Hikmah PPR Beringin; Kategori Sekolah Rendah Agama (SRA)/ Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) iaitu SIRAJ Saidina Uthman bin Affan; Kategori Institut Pendidikan Islam Swasta (IPIS) iaitu Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi; Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Persekutuan Seruan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan (Jam’iyah).

Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan yang menerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Masjid menjadi perintis program community freezer yang menempatkan peti simpanan sejuk beku bagi menyediakan bekalan makanan basah seperti ikan, ayam dan daging kepada golongan yang terkesan dan memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Inisiatif tersebut sekaligus menyerlahkan fungsi masjid yang bukan semata-mata menjadi tempat beribadah tetapi juga menyantuni keperluan dan kebajikan ummah. Penerima Anugerah Khas Individu iaitu Dato’ Mohd Khay bin Ibrahim, merupakan usahawan dan tokoh korporat bumiputera yang juga pemilik Tamu Hotel & Suites, sebuah hotel patuh syariah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pengumuman Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Majlis tersebut merupakan acara utama sempena program Semarak Cinta Rasul Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan yang dianjurkan dengan lebih 40 pengisian menarik bermula 9 Oktober hingga 3 November 2021.

499A1615 10 499A4533 min min
499A4684 min min 499A4718 min min
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel