05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“WEBINAR: INTERNATIONAL DISCOURSE ON MAULIDUR RASUL S.A.W”

“WEBINAR: INTERNATIONAL DISCOURSE ON MAULIDUR RASUL S.A.W”

12 November 2020 | 26 Rabiul Awal 1442H – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) buat julung kalinya dalam sejarah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berjaya menganjurkan webinar antarabangsa, iaitu “Webinar: International Discourse on Maulidur Rasul S.A.W” pada 12 November 2020 (Khamis), bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Ianya bersiaran langsung melalui aplikasi Zoom di http://bit.ly/MaulidurRasulInternationalDiscourse, dan di Facebook Jabatan serta rakan strategik. Webinar ini bertujuan untuk memenifestasikan cinta kepada Junjungan Nabi S.A.W dan pengertiannya dalam kehidupan sebenar. Keunikan program ini kerana ianya dijalankan dengan penggunaan 3 bahasa iaitu dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia.

Webinar ini telah disempurnakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Hj. Abdullah, disusuli 12 orang pembentang berwibawa dari dalam dan luar negara.

Tokoh-tokoh tanah air yang mengupas tema menarik, iaitu “Loving Our Prophet across Continents” dibarisi oleh YBhg. Dato’ Wan Mohamad Abdul Aziz, Setiausaha Politik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Malaysia, YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBrs. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz @ Saari, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan dan YBrs. Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, merangkap Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia.

Tokoh-tokoh antarabangsa yang akan turut mengupaskan tema ini ialah YBrs. Dr Omar Farouk, Assistant Secretary General, International Union of Muslim Scholars & Ex Advisor to the President of Turkey, YBrs. Dr Samia Raheel Qazi, Chairperson International Muslim Women Union & Ex Member of Parliament and Council of Islamic Ideology dari Pakistan, YBrs. Dr Abdur Rahman Adesokan dari Houston, Texas USA, Syeikh Hassan Guillet, Pemimpin Muslim dari Quebec, Canada, YBrs. Dr Muhanna’ al-Hubail, Doha dari Qatar, YBrs. Assoc. Prof. Dr. Abdurrahman Raden Aku Haqqi, dari Sultan Sharif Ali Islamic University (UNISSA), Brunei, dan YBrs. Prof. Dr. Hamidullah Marazi dari Central University of Kashmir, India serta YBrs. Dr. M Zainul Majdi (TGB), selaku Pengerusi International Organization of Alumni al-Azhar, Indonesia.

Program ini berjalan dengan penuh tersusun dan teratur di bawah seliaan moderator webinar yang berpengalaman iaitu YBrs. Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, selaku Felo Kanan IKIM serta telah menggariskan kesimpulan yang terhasil daripada kupasan para pembentang.

Seramai 600 peserta dari dalam negara dan luar negara telah mendaftar secara online dalam tempoh 2 hari pendaftaran dibuka. Kesemua peserta diberikan sijil penyertaan digital. Sambutan sangat menggalakkan dapat dilihat menerusi FB Live dengan mendapat 10.6 Ribu Viewers, 171 Like, 170 Komen dan 67 Share. Penyertaan webinar tersebut dibuka kepada masyarakat awam dan luar negara melalui pautan pendaftaran https://bit.ly/38n6Bzv dan QR Code di mana peserta juga boleh mengajukan soalan awal sebaik melakukan pendaftaran dalam talian. Sebanyak 47 soalan awal diterima. Webinar ini turut disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi JAWI dan rakan strategik, serta mendapat liputan berita awal oleh Al-Hijrah Online dan Buletin Utama TV3.

Turut menyertai Webinar ialah YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah Kanan, Bahagian Kemajuan Dasar yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM, YBrs. Mohd Norber bin Kassim, Pengurus Besar Tabung Haji, YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBhg. Dato’ Sheikh Hj. Abdul Halim bin Abd Kadir, Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Pusat yang juga mantan Mufti Negeri Terengganu, YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, YBrs. Che Khalek bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dan Penyelaras Bersama, iaitu YBrs. Khairul Anuwar Mustaffa, Setiausaha Persatuan Ulama’ Malaysia (Wilayah Persekutuan) dan YBrs. Ustaz Nik Muhd Marzuki Haji Muhd Nor, Penolong Pengarah Kanan, Unit NGO, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah.

Webinar ini merupakan webinar antarabangsa yang amat menarik dan bersesuaian dengan situasi semasa sementelah Malaysia masih dalam semangat sambutan Maulidur Rasul. Disamping itu, ia turut menyentuh isu penghinaan ke atas Rasulullah S.A.W yang membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di saat isu Covid-19 masih bergelora seluruh dunia. Atas sambutan amat menggalakkan dan permintaan tinggi untuk siri-siri seterusnya, Pengarah JAWI bersetuju agar webinar ini diadakan secara berkala dan sebagai program tahunan bersama rakan strategik.

Disediakan oleh:

Unit NGO, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam

Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel