05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) BERSEMPENA MAULIDUL RASUL DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) BERSEMPENA MAULIDUL RASUL DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
Pada 5 November 2020 (Khamis), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui anjuran bersama Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Bahagian Pengurusan Masjid (Zon 1) telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH Bersempena Maulidul Rasul di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit. Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/ wad bersama pihak JAWI sahaja.
Program ziarah RAMAH kali ini melibatkan 50 orang pesakit daripada Rawatan Harian Dialisis & Nefrologi (8TE) PPUM. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk menyantuni pesakit dan berkongsi rezeki serta menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW bersempena Hari Maulidul Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Simbolik serahan sumbangan tunai dan barangan telah disampaikan oleh YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi YBrs. Tuan Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI kepada Puan Esukarni binti Kamaruddin, Ketua Jururawat Rawatan Harian Dialisis & Nefrologi (8TE).
Turut hadir ke program tersebut ialah YBrs. Encik Zakaria bin Mohamad, Ketua Imam Masjid Ubudiah, YBrs. Encik Hasan Al-Fadli, Ketua Imam Masjid Al-Imam Al-Ghazali, YBrs. Encik Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan), YBrs. Encik Yahaya bin A. Hamid, Ketua Jabatan Perhubungan Korporat, YBrs. Puan Khalidah binti Mustapa, Ketua Jabatan Perubatan Kerja Sosial dan YBrs. Puan Hasimah binti Zainol, Ketua Jabatan Kejururawatan, PPUM. (Serahan sumbangan kepada pesakit di dalam wad ini disampaikan oleh wakil wad PPUM).
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan Islam
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel