05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH DAKWAH SECARA BERKALA SIRI 8 DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)

PROGRAM ZIARAH DAKWAH SECARA BERKALA SIRI 8 DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)
Pada 29 September 2020 (Selasa), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Ziarah Dakwah Secara Berkala Siri 8 di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit. Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/wad bersama pihak JAWI sahaja. Program ziarah kali ini melibatkan 60 pesakit daripada Wad Dewasa Medikal HKL.
Tujuan utama pelaksanaan program ziarah ini adalah untuk memastikan pesakit di hospital/ pusat perubatan mendapat sokongan moral di samping JAWI dapat menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan harian yang mana mampu membantu meringankan bebanan pesakit di hospital/ pusat perubatan dan juga waris. Rombongan ziarah daripada JAWI diketuai oleh YBrs. Puan Nick Noor Hidayatul Asilah binti Afandi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI) mewakili YBrs. Pengarah JAWI. Manakala, wakil dari HKL pula diketuai oleh YBrs. Puan Sharifah Faudziah binti Syed Abdul Rahman, Penyelia Jururawat Wad KK2 Dewasa Medikal HKL dan YBrs. Puan Roziah binti Hashim Penyelia Jururawat Wad KK3 Dewasa Medikal HKL. (Serahan sumbangan kepada pesakit di dalam wad ini disampaikan oleh wakil wad HKL)

Cetak   Emel