PENGURUS JENAZAH JAWI PERKASA DIRI DAN TAMBAH ILMU

PENGURUS JENAZAH JAWI PERKASA DIRI & TAMBAH ILMU
06-08 OKTOBER 2020M|18-20 SAFAR 1442H - Alhamdulillah pada hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Kursus Pembangunan Kendiri Pengurus Jenazah JAWI 2020 yang disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi Ustazah Siti Razmah binti Hj. Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD). Kursus yang bermula pada 6 Oktober 2020 (Selasa) itu telah berlangsung di Hotel Ibis, Bandaraya Melaka.
Seramai 22 orang peserta merentasi pelbagai bahagian di JAWI telah menyertai kursus selama 3 hari 2 malam tersebut. Antara pengendali slot yang diundang ialah Dr. Fatimah binti Md Isa, Pakar Forensik dari Hospital Serdang yang membicarakan tentang pengurusan Forensik di Hospital Serdang.
Kursus diteruskan dengan perbincangan yang lebih mendalam apabila tajuk perbincangan Fiqh perbandingan empat mazhab dalam kaedah pengurusan jenazah telah dikupas oleh Dr. Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam UKM.
Slot ceramah turut diisi oleh pegawai JAWI sendiri di antaranya oleh Ustaz Ahmad Tarmizi bin Mahmud Penolong Pengarah Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mengupas tajuk yang lebih spesifik berkaitan garis panduan pengurusan jenazah Covid-19 dan garis panduan ibadah bagi petugas dan pesakit. Seterusnya Ustazah Marriyani binti Mohamad yang juga Penolong Pengarah Unit Kebajikan Islam menyampaikan tajuk Pembentukan Personaliti Penfurus Jenazah dan Slot transformasi dalam budaya kerja telah disampaikan oleh Ustaz Nor Hafizi bin Ab Rahim Penolong Pengarah Kanan BPD untuk memberi semangat dan motivasi kepada petugas pengurus jenazah JAWI.