05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS Tot TENAGA PENGAJAR MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2020

KURSUS Tot TENAGA PENGAJAR MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2020
11 OKTOBER 2020M|23 SAFAR 1442H - Kursus Tot Tenaga Pengajar Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2020 selama 3 hari bermula 9 Oktober 2020 (Jumaat) sehingga 11 Oktober 2020 (Ahad) telah melabuhkan tirainya pada hari ini.
Objektif kursus Tot pada kali ini adalah fokus kepada Kemahiran Menguasai Emosi dan Penghayatan Pelajar dalam pembelajaran. Kursus ini memberi peluang kepada tenaga-tenaga pengajar mendapat input baharu mengenai seni dan kaedah kemahiran mengajar daripada penceramah dan percambahan idea antara sesama tenaga pengajar berdasarkan teori dan praktikal (Latihan Dalam Kumpulan) yang diadakan. Kursus ini telah dihadiri oleh Seramai 21 orang peserta yang merupakan tenaga pengajar dari JAWI Kuala Lumpur dan JAWI Cawangan Putrajaya serta tenaga Pengajar dari kalangan NGO iaituHidayah Centre Foundation, MRM, Islamic Outreach ABIM dan MACMA.
Majlis Perasmian Kursus Tot Tenaga Pengajar Muallaf Wilayah Persekutuan Tahun 2020 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haniffuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 11 Oktober 2020 jam 12.00 tengah hari bertempat di Dewan Laksamana 1, Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh Melaka.
Turut hadir, Puan Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Pengisian program kursus di terapkan dengan aktiviti berkumpulan yang memerlukan penglibatan dari semua ahli kumpulan dengan menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang menguji minda dan kemahiran berfikir di luar kotak. Kesemua peserta dapat menyelesaikan tugasan dengan baik. Secara tidak langsung, hasil daripada pelaksanaan kursus ini, Tenaga Pengajar dari JAWI dapat bekerjasama dengan Tenaga Pengajar dari kalangan NGO dalam memberikan idea dan buah fikiran demi pembangunan kaedah dan seni pembelajaran dan pengajaran dikalangan Tenaga Pengajar Mualaf di Wilayah Persekutuan.

Cetak   Emel