05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ZIARAH MAHABBAH DAN LAWATAN KERJA KE BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH JAIPK DAN KOMPLEKS DARUL HIDAYAH PULAU PINANG

ZIARAH MAHABBAH DAN LAWATAN KERJA KE BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH JAIPK DAN KOMPLEKS DARUL HIDAYAH PULAU PINANG
13 OKTOBER 2020M|25 SAFAR 1442H - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah mengadakan Ziarah Mahabbah dan Lawatan Kerja ke Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Perak dan Kompleks Darul Hidayah Pulau Pinang. Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan Caw. Kebajikan Saudara Baru menyertai lawatan kerja ini.

        

Lawatan kerja ke Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Perak pada 12 Oktober 2020 (Isnin) diketuai oleh Tuan Haniffuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Ketibaan Delegasi JAWI disambut oleh Tuan Zakaria bin Abd Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAIPk. Dalam sesi lawatan tersebut, JAWI dan JAIPk masing-masing memberikan perkongsian maklumat mengenai pengurusan pengajian dan kebajikan saudara baru. JAIPk juga berkongsi maklumat berkenaan pengurusan mualaf dari kalangan orang asli.

                           

Hari berikutnya, pada 13 Oktober 2020, lawatan kerja dan ziarah mahabbah ke Kompleks Darul Hidayah Pulau Pinang diketuai oleh Pn. Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru JAWI. ketibaan Delegasi JAWI disambut oleh Tuan Mohd Hanif bin Omar @ Wahab, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Dalam sesi taklimat, pihak Kompleks Darul Hidayah Pulau Pinang berkongsi maklumat mengenai pengurusan Kompleks, penghuni, kelas pengajian dan juga hal ehwal semasa saudara Baru di Pulau Pinang. Delegasi JAWI juga di bawa melawat ke ruang kelas pengajian, asrama dan dewan yang terdapat di Kompleks tersebut. Perkongsian maklumat dalam sesi lawatan ini banyak memberi gambaran kepada pihak JAWI untuk menambah baik pengurusan saudara baru di Wilayah Persekutuan meliputi hal ehwal pengajian, kebajikan dan pengurusan KDH khususnya.

         

Delegasi JAWI juga turut menyampaikan sumbangan daripada JAWI Food Bank dan cenderahati kepada para pelajar dan penghuni di Kompleks tersebut.

      


Cetak   Emel