Pelajar Dipupuk Hayati Kebersihan Di Taman Melati

 

WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.41.31 PM 1
 
 

4 Oktober 2016 (Selasa) – 150 pelajar tahun 6, SK Taman Melati telah mendalami erti kebersihan dan keindahan melalui suatu program usahasama SK Taman Melati bersama Masjid Salahuddin al Ayyubi Taman Melati.

Program yang diadakan mulai 8.00 pagi bertempat di Masjid Salahuddin al Ayyubi telah dimulai dengan Solat Dhuha sebagai usaha mendedahkan pelajar mengenai solat dan ganjaran melakukan ibadah tersebut yang diimami oleh Ustaz Muhamad Jalani bin Ahmad.

Setelah itu, pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk melaksanakan tugas pembersihan di sekitar kawasan premis masjid seperti mengecat pagar masjid,menyusun semula al Quran dan kitab dan tugas pembersihan dan pengindahan lain.  

Program selama 3 jam berakhir dengan jamuan yang disediakan oleh pengurusan masjid. Penutupan majlis telah disempurnakan oleh Datuk Ruslan bin Madon,Pengerusi Masjid Salahuddin al Ayyubi menyatakan usaha ini akan dijadikan program tahunan terutamanya mendedahkan pelajar sekolah kebersihan masjid adalah tanggungjawab bersama. Turut hadir pada program tersebut ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati Cikgu Mohd Sadli beserta 11 guru pengiring.

 

WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.41.28 PM WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.53.15 PM 4
WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.53.15 PM 5 WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.53.15 PM 6
 WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.53.15 PM 1  WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.53.15 PM


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 2,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.