11 Feb 2015 (Rabu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Kali Ke-2 Tahun 1436H/2015M yang berlangsung di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya diadakan bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru seterusnya memilih calon qari dan qariah yang berkelayakan bagi mewakili peringkat Wilayah Persekutuan. Pada majlis kali ini, seramai 13 peserta di kalangan qari dan qariah telah mengambil bahagian. Ia dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Shoutul Iltizam yang merupakan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11, Putrajaya. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya. |
Jumlah paparan: 3094