Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon B Tahun 1436H/2015M
10 Feb 2015 (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon B 1436H/2015M bertempat di Dewan Seri Perkasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Johari bin Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa dan ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI, Kuala Lumpur
|