05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
PENGENALAN

 JAWI Cawangan Putrajaya beroperasi di  Aras 2, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan  kefahaman Islam  di kalangan  masyarakat Putrajaya
  • Memberi khidmat  kebajikan kepada masyarakat Islam
  • Menjaga kesucian  Islam dengan pencegahan  maksiat  dan ajaran sesat
  • Menjaga institusi keluarga dan masyarakat  serta membantu pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga melalui khidmat kaunseling


JAWI Cawangan Putrajaya terdiri daripada 7 cawangan utama:-

BIL UNIT FUNGSI
1 Khidmat Pengurusan                      Menguruskan  segala hal ehwal  berkaitan pentadbiran , kewangan dan sumber manusia  di JAWI  Putrajaya 
2 Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga                   Menguruskan permohonan kebenaran berkahwin dan hal ehwal berkaitan  dengan perkahwinan, perceraian dan  ruju’ dengan merujuk  kepada Akta  Undang-undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 (Akta 303 )                
Menyediakan  perkhidmatan  rundingcara keluarga kepada  pasangan  yang   memerlukan khidmat nasihat
Mengadakan seminar /program kekeluargaan dalam memantapkan  lagi  keluarga Islam. 

 
3 Pengurusan Kariah                                                                Membantu mengurus, menyelia dan memantau surau-surau di sekitar Putrajaya selaras  dengan  Akta Pentadbiran Undang-undang Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1993 (Akta 505) 
 
4 Pengurusan Dakwah Menguruskan  program dakwah – kursus, seminar dan bengkel  kepada semua lapisan masyarakat, menguruskan pengislaman dan pendaftaran saudara baru, mengatur kelaspengajian, kursus, seminar , bimbingan  dan khidmat nasihat kepada saudara baru dan    menjalankan program  ceramah/forum/seminar sempena hari-hari kebesaran Islam  
 
5 Penyelidikan Menguruskan sokongan pembetulan/ pertukaran nama seperti  nama yang membawa    maksud  tidak baik  di sisi Islam, pertukaran  nama saudara baru, atau nama yang tersalah ejaan, memantau aduan berkaitan  kesalahan akidah dan syariah serta  memberikan maklumat  berkaitan akidah  dan syariah kepada masyarakat sekitar Putrajaya 
 
6 Penguatkuasaan Melaksanakan  penguatkuasaan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-  wilayah Persekutuan ) 1997 ( Akta 559 )  dan Akta Undang-undang  keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984
 ( Akta 303 )