
PERUTUSAN KHAS
YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
|
Assalamualaikum Wrm.Wbt dan Salam Sejahtera , Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) , Jabatan Perdana Menteri. Laman Sesawang ini adalah sebagai salah satu usaha JAWI bagi mendekati masyarakat atau warga Wilayah persekutuan dalam menyampaikan informasi berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan peranan yang dijalankan oleh pihak jabatan. Saya amat optimis bahawa kemajuan dan kepantasan dunia teknologi maklumat pada hari ini bukan sahaja mampu mempercepatkan proses sesuatu urusan malahan ianya mampu menjadikan sesebuah organisasi tersebut disenangi oleh masyarakat pengguna (user friendly). Kesungguhan pihak Kerajaan memperkenalkan sistem Kerajaan Elektronik (e-Government) adalah sesuatu yang wajib diberikan pujian. JAWI adalah sebuah agensi agama peringkat negeri yang telah ditubuhkan bermula 1 Februari 1974 yang lalu telah melalui pelbagai perubahan dan pembaharuan terutamanya dalam aspek sistem penyampaian khidmat awam kepada masyarakat Wilayah Persekutuan. Namun begitu , saya yakin dengan semangat kerja berpasukan yang tinggi di kalangan warga JAWI perubahan demi perubahan telah dan sedang dijalankan dari masa ke semasa bagi memastikan agensi agama seperti JAWI berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah (stands at par) dengan agensi-agensi lain. Adalah menjadi keperluan dan kewajaran untuk diingatkan kepada semua warga JAWI bahawa kejayaan sesebuah organisasi itu bukanlah bergantung kepada saiz fizikal yang dimiliki akan tetapi penandarasan (benchmarking) perlu ditumpukan kepada tahap kepuasan pelanggan (client satisfaction) bagi setiap perkhidmatan yang diberikan. Sebelum saya akhiri perutusan ini marilah sama-sama kita renungi perangsang motivasi yang bunyi : ..there is only one boss. The Customer. And he can fire everybody in the company from the chairman on down , simply by spending his money somewhere else and the single most important thing to remember about any enterprise is that there are no results inside its walls. The result of a business is a satisfied customer “. Saya dengan penuh keinsafan menyeru agar warga JAWI akan meneruskan usaha-usaha bagi meningkatkan lagi tahap penggunaan (utilization) teknologi maklumat kepada para masyarakat awam. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada JAWI atas kejayaan menjadikan laman sesawang ini up-to-date dari masa ke semasa manakala kepada para pelayar (subscriber) yang telah memilih untuk berurusan dengan JAWI , saya dahului dengan ucapan terima kasih dan penghargaan. Sekian , terima kasih. Y.B SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri |
PENAFIAN | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN
| Alamat | : | Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur |
| Telefon | : | 03-2274 9333 |
| Faks | : | 03-2273 1575 |
| Emel | : | webmaster@jawi.gov.my |









