W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
11 ﺷﻌﺒاﻦ Syaaban 1434

Perutusan Datuk Pengarah

 


PERUTUSAN 

 Y.BHG PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

 

 

Assalamualaikum Wrm.Wbt

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
 
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga Serta Sahabat Baginda.
 
Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan terima kasih kerana sudi melayari laman web ini.

Sejajar dengan perkembangan era globalisasi masa kini yang menekankan kepada pengaplikasian ICT dalam semua urusan harian,  penyediaan laman  web yang mesra pengguna perlu dititikberatkan.
 
Sehubungan itu, pihak JAWI mengambil inisiatif membangun dan menambahbaik laman web JAWI sedia ada supaya lebih interaktif, informatif, berkualiti dan mesra pengguna selaras dengan kehendak orang awam.
 
Laman web JAWI ini turut menyediakan pelbagai perkhidmatan atas talian seperti e-Khutbah serta e-Pusara yang mana dapat membantu para pengguna menggunakan perkhidmatan  yang disediakan dengan lebih mudah pada bila-bila masa.
 
Selain itu, melalui medium ini, sebarang cadangan, pandangan dan komen berkaitan jabatan ini dapat dikemukakan secara terus oleh orang awam dengan lebih mudah dan pantas untuk diambil perhatian dan tindakan oleh pihak JAWI. Ini merupakan salah satu usaha JAWI dalam mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan (delivery service) yang lebih efektif.
 
Saya berharap laman ini mampu berperanan sebagai penyebar maklumat yang berkesan untuk semua pengguna dan pihak JAWI juga akan berusaha dalam memastikan setiap info yang diberikan adalah tepat dan terkini.
 
Sebagai penutup bicara, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga JAWI yang sentiasa komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat jabatan untuk menjadi organisasi peneraju dalam memartabatkan hal ehwal Islam khususnya di peringkat Wilayah Persekutuan.


Selamat melayari laman web JAWI.
 
 
 
Y.BHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Merangkap
Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
 

 


TEXT_SIZE