![]() |
|
![]() |
![]() |
|
JAWI sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi perintis transformasi perkhidmatan masjid–masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dengan menaik taraf kenderaan jenazah sedia ada kepada van serbaguna fleksibel yang dikenali sebagai ‘Van Serbaguna Komuniti’. Van Serbaguna Komuniti ini berfungsi sebagai van penumpang biasa seperti kenderaan yang lain. Namun, ia dapat digunakan sebagai van jenazah yang sempurna sekiranya diperlukan dalam pengurusan jenazah.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan beberapa peralatan untuk tiga opsyen perkhidmatan yang boleh berfungsi sebagai Van Penumpang (dilengkapi dengan kerusi penumpang), Van Jenazah (dilengkapi dengan keranda) dan Van Kecemasan (dilengkapi dengan stretcher).
Majlis pelancaran van berkenaan telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 23 November 2011, di Kompleks Pusat Islam, JAWI. |
|
PENAFIAN | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN
| Alamat | : | Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur |
| Telefon | : | 03-2274 9333 |
| Faks | : | 03-2273 1575 |
| Emel | : | webmaster@jawi.gov.my |









