W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
11 ﺭﺟﺐ Rejab 1434

PERKAHWINAN & PEMBANGUNAN KELUARGA

Pengenalan

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Undang-Undang Syariah (PUS) merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Bahagian ini terdiri daripada 3 cawangan iaitu:

  • Pentadbiran & Kewangan

    Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran dan kewangan bahagian.
     

  • Perkahwinan, Perceraian dan Ruju'

    Bertanggungjawab terhadap semua urusan pernikahan, perceraian dan ruju' orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
     

  • Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam

    Bertanggungjawab terhadap aduan dan penyelesaian masalah rumahtangga sebelum membuat tuntutan ke Mahkamah Syariah manakala Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.
     


Bidang kuasa bahagian ini terikat sepenuhnya di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303)

 

Fungsi

  1. Menguruskan Urusan Pendaftaran Nikah, Cerai & Ruju'
  2. Melaksanakan Rundingcara Keluarga Dengan Memberi Khidmat Runding Keluarga (Kaunseling)

 

Proses Kerja

Piagam Pelanggan

Desk Officer

N
C
R
Prosedur 15 Prosedur Permohonan Kad Perakuan Nikah Pintar
 

Prosedur  permohonan Kad Perakuan Nikah Pintar;
 

  1. Pasangan berkahwin dan berdaftar di Wilayah Persekutuan;
     
  2. Mengisi borang permohonan Kad Perakuan Nikah Pintar ; dan
     
  3. Pasangan suami isteri hendaklah hadir bersama dengan berpakaian menutup aurat.

 

 

N
C
R
Prosedur 13 Dokumen-dokumen yang Diperlukan untuk Permohonan Rundingcara
 

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :-
 

  1. Salinan kad pengenalan pemohon;

        ii.  Surat pengesahan tempat tinggal (jika Kad Pengenalan beralamat di luar Wilayah Persekutuan);dan

       iii.  Salinan Surat Perakuan Nikah atau Surat Perakuan Ruju’.


N
C
R
Prosedur 12 Prosedur Permohonan Rundingcara
 

Permohonan rundingcara boleh dibuat dengan cara-cara berikut:-
 

  1. Hadir ke kaunter Unit Rundingcara, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan;
     
  2. Mengisi Borang Permohonan Rundingcara (UPPK 1);dan
     
  3. Sesi rundingcara akan dijalankan dalam tempoh dua minggu dari tarikh aduan dibuat.

N
C
R
Prosedur 09 Prosedur Untuk Mendapatkan Surat Perakuan Ruju' Yang Hilang Atau Rosak
 

Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan salinan Surat Perakuan Nikah,Cerai Dan Ruju’ berserta dokumen-dokumen berikut :
 

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
     
  2. Salinan Surat Perakuan Ruju’ (jika ada);
     
  3. Surat Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam yang menyatakan Surat Perakuan Ruju’ hilang dalam simpanan atau rosak; dan
     
  4. Bayaran RM 10.00 untuk satu sijil.
 

N
C
R
Prosedur 08 Prosedur Permohonan Ruju' di Wilayah Persekutuan
 

Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan ruju’ dan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :-
 

  1.  Rekod atau  dari Mahkamah Syariah
     
  2. Surat Perakuan Nikah Asal
     
  3. Maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama ( Borang 5 ) daripada Bahagian Penguatkuasaan (bagi perceraian di luar Mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah).
 

Artikel lagi...

Muka 1 dari 4

Mula
Sblm
1
TEXT_SIZE