W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
15 ﺭﺟﺐ Rejab 1434

CAWANGAN RUNDINGCARA & PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM

 Pengenalan

Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam bertanggungjawab terhadap aduan serta penyelesaian masalah rumahtangga serta merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.

Cawangan ini terbahagi kepada dua unit iaitu:-

  1. Unit Rundingcara Keluarga 
  2. Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI)

 Fungsi Cawangan

  1. Memberi perkhidmatan rundingcara dan nasihat dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam.
  2. Membantu menyelesaikan masalah kekeluargaan yang dihadapi oleh pasangan-pasangan yang berkahwin. 
  3. Mengadakan sesi rundingcara dan bimbingan kepada pengaduan kes masalah rumahtangga bagi aduan rasmi / kes-kes berdaftar.
  4. Mengadakan sesi rundingcara dan bimbingan kepada pengaduan kes masalah rumahtangga bagi aduan secara hotline atau kes pandangan.
  5. Menyediakan laporan kes rundingcara untuk di kemukakan ke Mahkamah Syariah.
  6. Menjadi Urusetia kepada aktiviti yang dijalankan oleh Unit.
  7. Pengendalian Jawatankuasa Pendamai yang dilantik oleh Mahkamah Syariah.
  8. Urusetia pengendalian seminar pemantapan keluarga.
  9. Merancang serta menyelaras perkhidmatan Pusat Pembangunan Keluarga Islam berdasarkan modul-modul yang ditetapkan.
  10. Merancang dan menyediakan kursus/bengkel/ forum berkaitan dengan permasalahan masyarakat di Pusat-pusat Khidmat Sosial.
  11. Menyelaras dan menyelia tugas-tugas yang dilakukan oleh kakitangan Pusat pembangunan   Keluarga Islam.
  12. Menyelaras program-program dengan agensi luar.
  13. Menjalankan pemantauan keatas Pusat-Pusat Khidmat Sosial.
  14. Bertanggungjawab terhadap Pusat-pusat Kursus Pra-Perkahwinan yang dilantik.


Pusat Pembangunan Keluarga Islam Wilayah Persekutuan
Waktu Perkhidmatan : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari ( Isnin - Jumaat )

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq,
Jalan Ara, Bangsar, Kuala Lumpur

Masjid Amru Ibnu Al-Ass,
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Pusat Khidmat Rundingcara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Perkhidmatan : 9.00 Pagi - 4 Petang ( Sabtu & Ahad )
Masjid Saidina Othman,
Bandar Tun Razak
Masjid Ibnu Khaldun,
Sungai Besi
Masjid Ar-Rahimah,
Kampung Pandan
Masjid Al-Ikhlasiah,
Kg. Kerinchi
Masjid Al-Akram,
Kg. Datuk Keramat
Masjid Al-Hidayah,
Sentul Pasar
Masjid Al-Firdaus,
Segambut Luar
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
TEXT_SIZE