PENGENALAN
Cawangan Rekod dan Maklumat bertanggungjawab mengendalikan rekod, maklumat serta fail-fail kes kesalahan jenayah syariah di Bahagian Penguatkuasaan.Tanggungjawab mengendalikan rekod dan maklumat tersebut melibatkan aktiviti pemeliharaan, penyimpanan, pemindahan dan pelupusan berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara.
FUNGSI
-
Menyediakan rekod maklumat (borang 5).
-
Mendaftarkan kes dengan dokumen yang lengkap ke dalam buku daftar kes.
-
Membuka fail siasatan.
-
Menyedia dan memantau sistem pangkalan data fail kes.
-
Menyediakan dan menyelaras statistik Kesalahan Jenayah Syariah tiga Wilayah (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
-
Menyediakan rekod waran tangkap dan saman.
-
Menyediakan laporan tahunan bahagian.