W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
12 ﺭﺟﺐ Rejab 1434
Bahagian JAWI Pendakwaan

PENDAKWAAN

PENGENALAN

Bahagian Pendakwaan (BPD) bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pendakwaan terhadap pelaku yang melakukan kesalahan Syariah di bawah peruntukan Undang-undang Islam yang berkuatkuasa di Wilayah-wilayah Persekutuan. Bahagian ini juga bertanggungjawab membantu Hakim Syarie dalam membuat keputusan dan hukuman yang adil. Bahagian ini diketuai Ketua Pendakwa Syarie (LS 52) di samping dibantu oleh Pendakwa Syarie Kanan (LS 48) dan juga para Pegawai Pendakwa Syarie (LS 44 dan LS  41) serta para Pembantu Pendakwa Syarie (LS 17). Bahagian ini terpecah kepada tiga cawangan iaitu Cawangn Mahkamah Tinggi dan Rayuan Syariah, Cawangan Mahkamah Rendah dan Cawangan Pendaftaran dan Rekod.

FUNGSI

Menjalankan prosiding pendakwaan ke atas pelaku-pelaku kesalahan kes jenayah Syariah di Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan berlandaskan peruntukan undang-undang Syariah di bawah akta-akta yang digunapakai di Wilayah Persekutuan.

Senarai akta yang digunapakai:-

  • Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Akta 559
     
  • Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 - Akta 303
     
  • Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 - Akta 505
     
  • Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Akta 560
     
  • Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Akta 561

 

PROSES KERJA

PIAGAM PELANGGAN 

 

 

TEXT_SIZE