Pembangunan
Pembangunan
Pembangunan
PENGENALAN
Diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (Pegawai PTD Gred M48). Bahagian Pembangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (BPJ) sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan dan Pelaburan (BPP) di mana ianya melibatkan dua fungsi iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Fungsi Pembangunan adalah lebih kepada fungsi JAWI dan fungsi Pelaburan pula lebih kepada MAIWP.Pada 16 Mei 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengasingkan entiti JAWI dan MAIWP di mana JAWI dikekalkan sebagai jabatan kerajaan dan MAIWP pula dinaiktaraf sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan dimana semua Penjawat Awam MAIWP dilantik di dalam perkhidmatan tetap kerajaan.
FUNGSI
PIAGAM PELANGGAN
UNIT TEKNIKAL DAN SENGGARA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN JAWI
(KEJURUTERAAN AWAM/ ELEKTRIK/ MEKANIKAL)
Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti seperti berikut:
1. Aduan kerosakan/ Pembaikan Masjid, Surau dan SRA akan disiasat dalam tempoh :
· Kes Kecemasan: Bertindak dalam tempoh 3 jam.
· Kes Kerosakan Biasa: Bertindak dalam tempoh 3 hari bekerja
2. Aduan kerosakan/ Pembaikan Kompleks Pusat Islam dan Masjid Wilayah Persekutuan akan disiasat dalam tempoh :
· Kes Kecemasan : Bertindak dalam tempoh 1 jam.
· Kes Kerosakan Biasa: Bertindak dalam tempoh 24 jam. *
Tindakan selanjutnya bergantung kepada hasil siasatan.
PENAFIAN | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN
| Alamat | : | Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur |
| Telefon | : | 03-2274 9333 |
| Faks | : | 03-2273 1575 |
| Emel | : | webmaster@jawi.gov.my |









