05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Kursus Smart Team Building Bahagian Penguatkuasaan 2013

alt

KURSUS SMART TEAM BUILDING
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 2013 

                                        
 04 hingga 06 Disember 2013 – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan kursus Smart Team Building yang bertempat di Bakau Gruv Kampung Resort, Tanjung Sepat, Morib Selangor selama 3 hari 2 malam. Kursus ini telah dihadiri oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Wan Jaapar bin Wan Ahmad Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama bagi mewakili Pengarah JAWI pada 06 Disember 2013.

Kursus ini bertemakan “SMART” yang membawa maksud SENTIASA MAHU AMBIL RASA TANGGUNGJAWAB sesuai dengan objektif yang dirancang iaitu:

i. Meningkatkan motivasi dan semangat kerja berpasukan di kalangan pegawai dan kakitangan bahagian;

ii. Mewujudkan jaringan perhubungan yang lebih harmoni di antara Pegawai Penguatkuasa Agama;

iii. Bijak menilai serta meningkatkan kecekapan Pegawai Penguatkuasa Agama dalam melaksanakan tugas; dan
 
iv. Merupakan usaha bagi mengukuhkan jati diri Pegawai Penguatkuasa Agama sekaligus meningkatkan prestasi kerja.
 
Di antara aktiviti menarik dijalankan yang banyak memberi kesedaran dan pengajaran kepada peserta kursus adalah aktiviti berkayak, mengisa dan juga aktiviti menjejak purnama (berjalan malam). Selain itu banyak lagi aktiviti pengukuhan yang sememangnya banyak memberi kesan yang positif di hati dan minda para peserta. 
                 
alt                                                      alt
alt alt
alt alt


Cetak   Emel