05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kursus Asas Teknik Al-Baghdadi Saudara Muslim Tahun 2013
 
alt
 
30 November 2013 (Sabtu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Yayasan Al-Baghdadi dan Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur (ATCKL) telah mengadakan Seminar Teknik Asas Al-Baghdadi Saudara Muslim 2013. Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda telah menjadi tuan rumah untuk program yang julung kali diadakan untuk golongan saudara muslim di Wilayah persekutuan.
 
Seramai 50 orang peserta saudara muslim dari pelbagai agensi dan peringkat umur telah mengikuti program tersebut dengan melibatkan lima (5) orang perunding daripada Yayasan Al-Baghdadi dan Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur yang diketuai oleh Timbalan Pengarah ATCKL En. Muhammad Khairul Arifin bin Ilias.

Antara objektif program ialah untuk membantu golongan saudara muslim yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INOVATIF DAN SISTEMATIK dalam tempoh yang singkat. Dengan memperkenalkan teknik ini juga membolehkan mereka mengajar rakan saudara muslim yang lain. Program berlangsung dalam suasana santai tetapi menyeronokkan dan sangat meriah dengan aktiviti 'ketukan' Teknik Al Baghdadi.
 
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tn. Che Husain Bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).  Program ini telah mendapat maklumbalas positif daripada semua peserta dan mereka berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. 

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru
Bahagian Pengurusan Dakwah