05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Perhimpunan Pagi Dan Majlis Persaraan Warga JAWI 2013
alt
 
29 November 2013 (Jumaat) – Perhimpunan Pagi Dan Majlis Persaraan Warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Tahun 2013 buat pertama kalinya telah diadakan bersama Pengarah JAWI baru, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya bertempat di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam.
 
Perhimpunan ini adalah sebagai ucap tahniah dan selamat datang kepada Pengarah JAWI baru di samping memperkenalkan Tuan Haji Paimuzi kepada seluruh warga JAWI serta meraikan pegawai-pegawai yang akan bersara pada tahun ini.
 
Turut hadir, YBhg. Tuan Che Husain Bin Isa (Timbalan Pengarah Operasi), YBhg. Tuan Haji Abdul Murad Bin Abdul Wahab (Mantan Timbalan Pengarah Pengurusan) dan Ketua-Ketua Bahagian.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria