05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Jom Khatan, Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Bersama Bikers Ducati Club Malaysia
alt
 
23 November 2013 (Sabtu) – Pusat Zon 6 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Jamek Al-Khadijiah Pantai Dalam Kuala Lumpur telah mengadakan Program Jom Khatan, Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Bersama Bikers Ducati Club Malaysia bertempat di perkarangan letak kereta Masjid Jamek Al-Khadijiah Pantai Dalam.
 
Majlis ini diadakan bagi merapatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan antara masyarakat luar dengan kakitangan masjid, ia juga bertujuan untuk memastikan mereka tidak mengalami penyakit jangkitan seksual terutamanya siflis, kankroid dan herpes genitalis kelak.
 
Program yang bermula dari jam 8:00 pagi hingga 2:00 petang ini telah melibatkan seramai 150 peserta khatan yang akan dibawa menaiki motosikal berkuasa tinggi, Ducati Club Malaysia mengelilingi kawasan Pantai Dalam Kuala Lumpur sebelum dikhatankan.
 
Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Bin Ismail, Pengerusi Masjid Jamek Al-Khadijiah. Turut hadir, Ustaz Nazrey Bin Johani (bekas anggota kumpulan Raihan) dan Encik Mohd Saifullah Bin Yusoff, Setiausaha Ducati Club Malaysia.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria