Program Sunathon Peringkat Zon 5 JAWI Di Masjid Al-Imam At-Tirmizi Taman Sri Sentosa Jalan Klang Lama
Program cuti sekolah setiap kali tibanya hujung tahun pastinya menjadi pilihan ibu bapa mengambil bahagian dalam acara berkhatan bagi anak lelaki mereka disamping dapat meluangkan masa dengan mengosongkan jadual kerja mereka bersama anak-anak. Berkhatan atau bersunat ialah bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit, sekali gus mencegah daripada berlakunya keradangan. Majlis yang telah dirasmikan oleh YBhg. Wan Jaapar Bin Wan Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan ini bermula daripada jam 7:30 pagi hingga 4:00 petang. Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 4927