05:57
Imsak
06:07
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Bengkel Perawatan Awal (Pengenalan Pertolongan Cemas & CPR) - “First Aid in Workplace”
alt
 
12 November 2013 (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Selangor telah menganjurkan Bengkel Perawatan Awal (Pengenalan Pertolongan Cemas & CPR) “First Aid In Workplace“ bertempat di JAWI Cawangan Putrajaya.
 
Seramai 43 orang peserta menyertai bengkel tersebut dengan melibatkan dua orang Jurulatih dari Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Selangor. Bengkel ini dimulakan dengan ceramah pada sesi pagi oleh Encik Kuyilan Muthusamy dan Encik Mohd Faizal bin Nurdin. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan bagi membuat praktikal dalam memberi perawatan awal pada sesi petang dan diakhiri dengan ujian bertulis.
 
Objektif bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan JAWI Cawangan Putrajaya dalam melakukan perawatan awal untuk membantu,mencegah dan menghalang kecederaan yang dialami menjadi lebih serius.
 
Melalui pelaksanaan bengkel tersebut, ia menunjukkan bahawa perawatan awal adalah amat penting untuk dipelajari dan boleh digunakan sekiranya terdapat orang awam yang memerlukan bantuan kecemasan dengan segera.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Unit Pentadbiran,
JAWI Cawangan Putrajaya