05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Program Adikku Sayang : Hargai Masa Depanmu Siri 2
alt
 
24 Oktober 2013 (Rabu) – Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan program Adikku Sayang : Hargai Masa Depanmu Siri 1 bertempat di Sekolah Kebangsaan Layang-layangan W.P Labuan bermula jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang.

Program dihadiri oleh 34 orang pelajar tahun 6 sekolah tersebut. Turut sama hadir dalam program tersebut adalah seramai 10 orang guru sekolah tersebut serta semua pegawai dan kakitangan cawangan penguatkuasaan JAWI Labuan.

Antara objektif program ialah pertama untuk memberi pendedahan berkenaan dasar-dasar muamalah dan pergaulan dalam Islam kepada para remaja. Kedua, adalah untuk menyedarkan remaja berkenaan peranan mereka dalam masyarakat. Ketiga, untuk memberi pendedahan garis panduan berkenaan realti kehidupan, pergaulan dan peranan serta tanggungjawab remaja ke arah melahirkan masyarakat yang bahagia dan sejahtera.

Ceramah pertama telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shahrizal bin Osman, Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat W.P Labuan yang mengupas tajuk berkenaan “Kepentingan Solat &Kesan Meninggalkannya”. Ceramah kedua telah disampaikan oleh Ustaz Ibrahim bin Mat, guru S.K Kerupang W.P Labuan yang mengupas tajuk “Akhlak Rasulullah Contoh Sepanjang Zaman”. Ceramah ketiga telah disampaikan oleh Tuan Tahang bin Chongo, Pembantu Hal Ehwal Islam JAWI Labuan yang mengupas tajuk “Adikku Sayang;Sayangi Dirimu”.

Program diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati oleh pihak Sekolah Kebangsaan Layang-layangan W.P Labuan kepada pihak JAWI Labuan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak sekolah di atas kesudian penganjuran program tersebut.Program tersebut berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik sekali oleh pihak sekolah tersebut.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Unit Penguatkuasaan
JAWI, Cawangan Labuan