05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Khatam Al-Quran Perdana JAWI 2013M 1435H
alt
 
7 November 2013 (Khamis) – Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diadakan bertempat di Dewan Solat Masjid Negara Kuala Lumpur.
 
Majlis Khatam Al-Quran Perdana JAWI yang bertemakan ‘Memartabatkan Al-Quran, Memperkasakan As-Sunnah’ ini dirasmikan oleh Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI.
 
Program ini diadakan bagi melahirkan generasi yang mencintai al-Quran dan memupuk budaya mencintai serta menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.
 
Selain itu, majlis ini turut meningkatkan motivasi guru-guru agar lebih berdedikasi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bidang al-Quran serta memperlihatkan keberkesanan kurikulum SRA dan KAFA kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.
 
Seramai 3 ribu murid SRA dan KAFA di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang telah Berjaya khatam al-Quran di sekolah-sekolah seluruhnya dan diadakan pada penghujung tahun sebagai simbolik penutup kepada aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
 
Turut terlibat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Masjid Negara, Yayasan Restu Malaysia, Guru-guru SRA dan KAFA.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria