05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Pendidikan Kanak-Kanak Tahun 2013
alt
 
30 Oktober 2013 (Rabu) – Seminar Pendidikan Kanak-Kanak Tahun 2013 telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan  Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Sekolah Rendah Agama Al-Khawarizmi, Kawasan Perumahan Sri Pantai, Pantai Dalam Kuala Lumpur.
 
Seminar ini dianjurkan bagi memberi penerapan nilai-nilai Islam yang wajar dipraktikkan dalam kehidupan kepada golongan anak-anak kecil serta membudayakan anak-anak dengan kehidupan berlandaskan akhlak mulia agar menjadi anak soleh dan cemerlang.
 
Justeru turut meningkatkan pemahaman anak-anak tentang kualiti hidup cara Islam melalui pengisian pendidikan.
 
Seminar ini terdiri dari dua slot iaitu ‘Ceramah 1 : Adab dengan Ibu bapa’ oleh YBhg. Ustaz Yahya Mahyuddin Bin Utoh Said (Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Kariah JAWI dan ‘Ceramah 2 : Penghayatan Al-Quran Dan Sunnah Di Kalangan Kanak-Kanak’ oleh YBhg. Ustaz Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah (Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Kariah JAWI).

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria