05:57
Imsak
06:07
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Ibu Hamil Tahun 2013
alt
 
10 Oktober 2013 (Khamis) – Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Seminar Ibu Hamil Tahun 2013 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam.
 
Objektif seminar ini memberikan kefahaman dan penghayatan mendalam kepada peserta berhubung peranan dan kewajipan suami isteri dalam membina dan melahirkan zuriat yang cemerlang bermula dari awal perkahwinan.
 
Selain itu, berperanan memberi penjelasan kepada pasangan suami isteri berkaitan proses-proses kelahiran dari sudut perubatan terkini dan memberi penjelasan kepada pasangan suami isteri tentang persediaan dan persiapan yang perlu bagi menimang cahaya mata.
 
Terdapat dua slot ceramah iaitu ‘Ceramah 1 : Amalan Ketika Mengandung Dan Selepas Bersalin Dalam Perubatan Islam’ oleh YBhg. Ustaz Halim Bin Zakaria, Pendakwa dan ‘Ceramah 2 : Penjagaan Ketika Hamil Dan Selepas Kelahiran Dalam Perubatan Terkini (Moden)’ oleh YBhg. Dr. Nurul Yaqin Binti Mohd Nor.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria