05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Program Nikmatnya Hidup Beragama

alt

2 - 3 November 2013/ 
Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Rumah Perlindungan dan Anak-Anak  Yatim Raudhatul Jannah telah mengadakan Program Nikmatnya Hidup Beragama bertempat di Excellence Harmony Resort, Janda Baik, Pahang Darul Makmur.
Program bersempena Program Gerakan Tumpuan (PGT) anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar (KPWKB) ini telah dihadiri 70 peserta yang terdiri daripada keluarga miskin tegar sekitar Sentul, ibu-ibu tunggal dan turut dihadiri beberapa ahli Persatuan Artis Veteran Malaysia.

Program 2 hari 1 malam ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Dr Azahar Yaakob dan Ustazah Norhafizah Musa selaku peneraju utama Daraini Management Training Academy. Peserta didedahkan dengan beberapa aktiviti ice-breaking sebelum bermulanya setiap slot. Slot 1 "Betul Hati Betul Segalanya" menyedarkan peserta akan kekuatan hati dan kapabiliti kejernihan hatin dapat diadaptasikan dalam kehidupan. Slot 2 "Prinsip Hidup Bahagia" pula memberi makna kepada peserta akan kebahagiaan hakiki duniawi dan ukhrawi. Slot 3 pula "Aku Ingin Kaya Dengan Solat Dhuha" menerangkan akan kepentingan solat Dhuha dalam kehidupan. Hari kedua bermula dengan Qiyamullail, solat Subuh dan tazkirah yang dipimpin alfadhil Ustaz Dr Azahar yang kemudiannya menerangkan kembali kaifiyat Qiyamullail yang sebenar & menyeru jemaah untuk sentiasa memantapkan solat wajib dan menambah solat rawatib di samping memperbanyakkan doa. Program diteruskan dengan riadhah dipimpin oleh fasilitator. Seterusnya Slot 4 berkisar tentang "Keluarga Bahagia" dan Slot 5 "Aku Ingin Solat" menekankan peranan dan kepentingan solat dalam kehidupan manakala slot terakhir adalah Bicara Hati ke Hati. 


alt alt
alt alt
alt alt

Foto & teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)