05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Sambutan Ma'al Hijrah Bersama Ibu Tunggal

alt


9 November 2013M/ 5 Muharram 1434H -

Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Anggerik Desa telah mengadakan Program Sambutan Ma'al Hijrah bertempat di padang Madrasatul Khairat, Desa Pandan, Kuala Lumpur. 
 
Program dimulakan dengan ceramah bersempena Ma'al HIjrag menampilkan penceramah dan juga pensyarah Akademi Islam Universiti Teknolgi Mara Shah Alam Y.Bhg Ustazah Asmak Bt Husin. Ceramah bertajuk "Hijrah Diri" ini telah berjaya disampaikan kepada hampir 80 orang ahli persatuan yang kebanyakkannya di kalangan penerima bantuan zakat. Program seterusnya diteruskan dengan upacara sambutan hari jadi kepada ibu-ibu tunggal dan ucapan penutup oleh Pengerusi Persatuan. 
 
Antara perkongsian menarik yang disampaikan penceramah; ada empat perkara penting dalam usaha berhijrah menghapuskan dosa: Pertama, Istighfar iaitu memperbanyakkan meminta keampunan Allah pada lidah, ia perlu kekal pada hati dan diterjemahkan dalam setiap tanduk yang perlu memperlihatkan ciri-ciri orang yang sentiasa beristighfar. Kedua, Taubat iaitu tekad meninggalkan dosa & tidak mengulanginya (taubat nasuha). Ketiga, banyak membuat kebaikan sama ada dalam bentuk ibadat khusus atau umum. Setiap perkara walau kelihatan kecil tetapi jika disertai dengan niat untuk mendekatkan diri dengan Allah maka ia dikira berpahala. Sebagai penerima bantuan, hadirin juga disedarkan agar penting untuk memasang niat agar jika hari ini dirinya adalah penerima bantuan, suatu hari kelak dirinya ingin berubah menjadi orang yang memberi bantuan. Keempat, Musibah iaitu ujian Allah adalah wasilah untuk kita lebih mendekatkan diri padaNya sama ada ujian pada nikmat kekayaan, kesihatan, kebahagiaan dan sebagainya. Setiap satunya perlu disyukuri dan pada masa yang sama perlu diinsafi bahawasanya ia tidak selamanya kekal. Petunjuk Allah ke jalan yang benar perlu sentiasa diminta, manakala Al-Quran dan Sunnah wajib dijadikan sandaran utama. 
 
Diharapkan para peserta mendapat manfaat dari segala perkongsian yang disampaikan, dalam usaha berhijrah menjadi muslimah yang cemerlang dunia dan akhirat di sisi manusia dan paling penting di sisi Allah SWT. 

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)