05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kuliah Muslimat:
Mencari Redha Allah dalam Kerjaya & Rumahtangga

alt
 
4 Oktober 2013M / 28 Zulkaedah 1434H (Jumaat) -
 
Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Badan Agama & Kaunseling Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (BAKA IPKKL) telah mengadakan Program Kuliyah Muslimat bertempat di Dewan Meranti, Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah.
 
Program satu jam setengah ini menampilkan penceramah dan juga pensyarah Akademi Islam Universiti Teknolgi Mara Shah Alam Y.Bhg Ustazah Asmak Bt Husin. Ceramah bertajuk "Mencari Redha Allah dalam Rumahtangga dan Kerjaya" ini telah berjaya disampaikan kepada lebih 100 orang isteri dan kakitangan muslimat IPK dan IPD seluruh Wilayah Persekutuan.
 
Antara perkongsian menarik; Lelaki dan wanita diciptakan Allah SWT berbeza kerana sesuai dengan tugas dan peranannya di dunia. Walau apa pun kerjaya dan jawatan yang disandang, tugas hakiki seorang wanita adalah sebagai pengurus rumahtangga atas faktor emosi yang intuitif dan kemampuan akal dan fizikal yang multifunctional pada satu-satu masa. Namun dalam mengimbangi kepentingan kerjaya dan rumahtangga, wanita harus bijak meletakkan prioriti. Untuk mengelak konflik dan masalah, mereka harus mengenal diri dan menjaga hubungan dengan Allah secara istiqamah. Belajar menerima qada' & qadar Allah dalam erti kata redha menerima segala ketentuan yang ditakdirkan namun pada masa yang sama meningkatkan keadaan tersebut kepada yang lebih baik. Sama ada ibu, isteri, pekerja dan pendakwah, kesemua bidang harus sentiasa dikemaskini ilmu & kemahirannya agar dapat memberikan mutu yang terbaik.
 
Diharapkan para peserta mendapat manfaat dari segala perkongsian yang disampaikan, dalam usaha menjadi muslimah yang seimbang kerjaya dan rumahtangga seterusnya menjamin kecemerlangan dunia dan akhirat.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)