05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Program Penerapan Nilai-nilai Islam:
Motivasi SIKAP


alt

27 September 2013M / 21 Zulkaedah 1434H (Jumaat) -
 
Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Badan Agama & Kaunseling Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (BAKA IPKKL) telah mengadakan PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM bertempat di Dewan Meranti, Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah.

Program hampir dua jam ini menampilkan penceramah dan pakar motivasi Y.Bhg Ustaz Idzhar B Jumali, Perunding Utama Selfcure Resources dengan ceramah bertajuk "MOTIVASI SIKAP" yang telah berjaya disampaikan kepada hampir 150 orang kakitangan IPK dan IPD.

Antara perkongsian menarik; Motivasi S.I.K.A.P adalah singkatan dari Suka, Ilmu, Iman dan Ihsan, Keadaan, Amalan dan Perjuangan.  Ke arah meraih kecemerlangan yang holistik perlu kepada dua pakej berkembar - fizikal dan spritual. Secara fitrahnya, manusia suka kepada kebaikan. Anologi kepompong yang berubah secara semulajadi menjadi rama-rama, perubahan untuk menjadi lebih baik perlu datang dari dalam diri seseorang, kemudian disebarkan dalam kelompok seterusnya sesebuah organisasi. Ia perlu dibentuk dalam fikiran, dilafazkan dengan perkataan, dizahirkan dalam tindakan dan apabila dilazimi akan menjadi kebiasaan. 

Diharapkan para peserta mendapat manfaat dari segala perkongsian yang disampaikan, dalam usaha menjadi individu yang cemerlang dunia dan akhirat.
  
alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)