05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Komuniti Disayangi

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Komuniti Disayangi

 

4 September 2013 (Rabu) – Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Komuniti Disayangi ini telah dianjurkan oleh Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (Jam’iyah) bertempat di Kedai Makan Asnaf 1Malaysia, Bangunan Darul Jam’iyah, Kuala Lumpur.
Objektif utama majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan antara Komuniti Disayangi dengan para pendakwah melalui konsep rumah terbuka. Majlis ini juga memberi peluang kepada Komuniti Disayangi berinteraksi dengan para pendakwah secara lebih dekat.
Selain itu, melalui ceramah ringkas yang disampaikan, golongan ini diseru supaya meningkatkan prestasi diri supaya dapat bersama-sama masyarakat arus perdana menggembleng tenaga membangunkan negara. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Haji Zakaria bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Ustazah Hajah Azizah binti Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan sempena Hari Raya Aidilfitri 1434H.


Cetak   Emel