05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kursus Latihan 'MyTaskManager'
alt
                               
20 Ogos 2013 (Selasa) – Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Latihan 'MyTaskManager' bertempat di Makmal Komputer Tingkat 3, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Duta, 50676 Kuala Lumpur. Kursus ini telah berlangsung selama satu hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan telah dihadiri oleh pegawai serta kakitangan JAWI setiap bahagian seramai 25 orang. 

Objektif seminar ini adalah bagi membolehkan pegawai atasan memantau tugas yang diberikan, membolehkan pegawai atasan dimaklumkan tugas terkini dan membolehkan pelaksana tugas melaporkan status kepada pegawai atasan.

Latihan ini telah disampaikan oleh Encik Tengku Faizal Kamal Bin Tengku Mohd Kamil daripada OSCC, Cyberjaya dan dibantu oleh Encik Mohamad Termizi Hj Mohd Yusof dan Puan Azura Ahmad Samsudin.

 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan Teks oleh:
ICT, JAWI Kuala Lumpur