05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Perhimpunan Bulanan Dan Majlis Pelancaran 5S JAWI
alt
 
5 Julai 2013 (Jumaat) – Sebagai usaha mewujudkan persekitaran pejabat yang lebih kondusif, selesa, ceria dan menarik, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) buat julung-julung kalinya telah mengambil inisiatif melancarkan amalan 5S di jabatan ini.

Amalan 5S yang merujuk kepada singkatan perkataan dalam bahasa Jepun iaitu iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam), dan Shitsuke (Sentiasa Amal) merupakan salah satu daripada inisiatif kualiti bagi menerapkan budaya penambahbaikan di kalangan warga JAWI.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan amalan 5S JAWI dijalankan secara berperingkat dan hanya membabitkan bahagian / unit JAWI yang beroperasi di ibu pejabat JAWI, Kompleks Pusat Islam sahaja buat permulaan sebelum dipraktiskan secara meluas di pejabat-pejabat operasi JAWI yang lain.

Terdahulu, majlis pelancaran tersebut yang diadakan serentak dengan Perhimpunan JAWI disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Hadir sama ialah YBhg. Tuan Haji Mohd Basori Bin Umar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah mewakili sektor operasi JAWI. Manakala YBhg. Encik Mahyudin @ Sallehudin Bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan pula mewakil sektor pengurusan JAWI.

Datuk Haji Che Mat dalam ucapannnya berkata amalan kerja 5S merupakan salah satu elemen penting dalam peningkatan kualiti yang mana ia dapat menggalakkan pembudayaan kreativiti, memupuk budaya kerja berpasukan, mengurangkan pembaziran, meningkatkan produktiviti, dan memupuk budaya pemuliharaan di kalangan individu terhadap aset organisasi.

Antara program yang diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung ialah penyampaian sijil pelantikan kepada jawatankuasa induk 5S, fasilitator 5S serta juruaudit dalaman 5S.

Majlis yang bermula pada jam 8.45 pagi itu turut menyaksikan penyampaian bunting (gegantung) 5S kepada ketua / wakil bahagian yang terbabit dalam pelaksaan 5S ini. Antara bahagian yang terlibat ialah Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Penyelidikan, Bahagian Pendakwaan, Bahagian Pengurusan Kariah, Bahagian Pelajaran, Bahagian Pengurusan Dakwah, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Pejabat Pengarah JAWI serta Pejabat Timbalan-Timbalan Pengarah JAWI.

Majlis berkenaan diakhiri dengan sesi ceramah berkaitan amalan 5S yang disampaikan oleh YBhg. Encik Mohd. Anuar Bin Abdul Karim, Perunding Quality Mind Sdn. Bhd.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan