Seminar Semakin Hari Semakin Sayang
Objektif seminar ini diadakan bagi membantu ahli keluarga dan masyarakat dengan maklumat yang lengkap bagi menyelesaikan masalah dalam kekeluargaan dengan cara yang terbaik di samping mewujudkan ahli keluarga yang berbudi pekerti, penyayang dan bertoleransi dalam kalangan anggota keluarga. Selain itu, untuk membina dan memantapkan sebuah keluarga yang bahagia bagi melahirkan masyarakat penyayang dan bersatu padu. Seterusnya mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan menerusi slogan ‘Rumahku Syurgaku’. Terdapat tiga slot ceramah sepanjang seminar ini berlangsung iaitu ‘Ceramah1 : Perkhidmatan Rundingcara Di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan’ disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohamad Rais Bin Rasid (Ketua Penolong Pengarah BPPK, JAWI). ‘Ceramah2 : Membentuk Keluarga Bahagia’ oleh Suami kepada YBhg. Ustazah Zawiah Binti Hassan (Pendakwah Bebas) dan ‘Ceramah3 : Cara Mengatasi Masalah Suami Degil, Isteri Garang dan Anak Cerewet’ disampaikan YBhg. Ustaz Zainal Abidin Bin Haji Sulaiman (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan JAWI). Majlis penutup telah dirasmikan oleh, YBhg. Ustazah Kamariah Binti Abdullah (Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, JAWI). Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 5749